Sunday, February 1, 2009

Medical Check up Examination

Hari ini ada seorang pesakit perempuan datang bersama ibunya untuk medical check up. Selepas penerangan kepada sakit untuk pemeriksaan chest x-ray perlu buka baju, rantai, baju dalam, tudung kemudian pakai baju yang disediakan tali ikat dibelakang maka juru x-ray lelaki inipun tunggulah pesakit keluar dari bilik persalinan. tup..tup...dia keluar x salin pakaian berpakaian seperti asal dan sarung sahaja baju yang disediakan . maka juru x-ray lelaki ni tegur lah dia...... ingatkan lepas pemeriksaan tiada apa2 yang berlaku rupanya dia pergi cerita yang juru x-ray lelaki ni marah dekat dia ...,terus ibu dia warning juru x-ray lelaki ni supaya jaga percakapan dan berperangai elok-elok sikit ... saya yang memerhatikan situasi ini terkejut juga sebab bagi saya juru x-ray ni hanya menjalankan tugas beliau tetapi ada org yang tak berpuas hati di atas khidmat yang diberikan .......komunikasi 'break down' lah ni....salah faham ...bila disampaikan dari satu orang yang tak faham kepada orang yang rapat lain yang jadi...nasihat saya supaya semua juru x-ray bijak berkomunikasi .....lepas jadi kejadian sebegini saya rasa juru x-ray akan tersepit ditengah-tengah antara Doktor dan Pesakit / orang awam......maka berhati-hatilah dalam berkomunikasi dan memberikan penerangan takut disalah ertikan nanti...... kepada pesakit / orang awam ketahuilah bahawasanya bila juru x-ray suruh tukar pakaian atau buka baju bukan bermaksud sesuatu yang negatif ...bahagian yang ingin di x-ray sebenarnya perlulah tidak mempunyai sebarang artifak atau bahan yang boleh mengganggu tujuan diagnostik ( kajian penyakit ). sekiranya pakaian yang dipakai mengandungi bahan2 asing ini maka takut nanti ia dianggap penyakit pula ....oleh Doktor ...untuk mengelakkan sebarang kesalahan mentafsir gambar x-ray maka bahagian yang ingin di x-ray perlulah jelas tiada sebarang bahan asing.........harap semua orang akan banyak bersabar dan berhati-hati wasallam

from fz