Thursday, March 26, 2009

Motivasi diri

Nampaknya ...
perkembangan Juru X-Ray didapati agak lembab dengan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti

sekiranya ada Juru X-Ray yang membaca sudah pasti agak terkilan dengan kisah 2 buruk yang tersebar
mengenai tingkahlaku buruk yang dipaparkan di akhbar baru-baru ini
Juru X-ray di Malaysia

inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Sepanjang kerjaya anda melaksanakan perkara-perkara yang baik dan berkebajikan
tiada siapa yang nampak yang pasti mereka yang di atas hanya tahu
tiada komplen orang luar dan kerja dilaksanakan selesai sahaja
adakah penilaian yang diberi mereka cukup profesional dengan kerjaya ini
yang memerlukan
tumpuan dan komitmen yang tinggi............

Bagi saya Cemerlanglah seorang Juru X-Ray sekiranya ia berjaya melaksanakan pemeriksaan dengan jayanya...........

Sebab itulah Semua Juru X-Ray haruslah berjaga-jaga dengan setiap apa yang mereka lakukan kerana sekali langkah tersilap
perkara itulah yang akan diungkit dan diperkatakan acap kali

sifat Ikhlas dan redha penting kerana kita

1.Tidak boleh mengukur bantuan yang kita telah diberikan
2. Yang pasti Yang Maha Esa tidak pernah sekelip matapun terlepas dari menilainya
3.Percayalah sekiranya ia bukan balasan dari manusia di dunia ... Tuhan itu Maha Adil
Tunggulah kurniaNya yang di Luar Jangkaan Maha Besar dan Sangat Nikmat

Sukar sebenarnya untuk menerima Dugaan dan Ujian bekerja pengantara manusia di antara Doktor dan pesakit Belajarlah

1. Menerima kekurangan dan kelebihan diri dengan tidak membandingkan dengan orang lain
Kerana rezeki manusia itu berlainan pada setiap orang

2.Percaya kepada Apa yang tertulis di Luh Mahfuz adalah kebaikan dan kebahagiaan yang
telah tercatat buat kita kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal dikurniakan Nya

3.Mengubah diri sendiri kerana kita tidak akan dapat mengubah diri orang lain tapi kita boleh
mengubah diri kita sendiri menjadi yang terbaik dengan menyesuaikan diri dengan
keadaan yang berlaku

4.Untuk menjadi HEBAT belajarlah menerima kritikan orang lain dengan redha dan berfikir
Tidak semestinya yang mengkritik itu 'perfect' jangn kita membandingkan dengan mereka
Tetapi ambillah ilmu yang diberikan walaupun dari Musuh kita ternyata mereka dalam
keadaan yang merugikan.

5. Bersyukur dengan apa yang Ada dari tidak punya apa-apa

6. Bekerja dengan gembira dan tenang

7. Tidak Memusuhi orang lain ...kerana bermusuhan dengan seorang manusia itu
lebih ramai dari berkawan dengan sejuta orang.

Untuk menjadi manusia bertamadun kita tidak akanke mana-mana

tanpa sikap baik hati dan hormat-menghormati
Profesional itu akan datang tanpa dipaksa dan diminta

Untuk menjadi orang yang dihormati kita hendaklah belajar menghormati orang lain.

Akhir Kalam
" Kita tidak boleh memaksa orang mengikut cara kita
Tetapi kita boleh memaksa diri kita untuk kebaikan bersama orang-orang disekeliling kita"

Tidakkah anda merasa mulia dengan merendahkan diri
menyatakan maaf kepada orang lain.......
Kenapa perlu bersikap ego selain ia menmbah musuh ia juga meleraikan silaturrahim yang terbina

Setiap orang jangan lupa berfikir dan berdoa
Apakah Yang mereka kehendaki sebenarnya di dalam dunia ini

nyatakanlah dan niatkanlah hari-hari......
Untuk Kecemerlangan Juru X-Ray semua hendaknya
Amiin.....